Sabtu, 25 Julai 2015

Kasih Sayang & Harmoni Sepanjang Hayat : Pertemuan Keluarga Besar Habib Harris di Aidil Fitri 2015

Sekali lagi Keluarga Besar Habib Harris bertemu pada Hari Raya Puasa Keempat, 20 Julai 2015. Kali ini bertempat di rumah Pak Imah & Mak Imah. Pada malam itu, kedengarannya ini merupakan perjumpaan besar kali ke - 9, tapi kalau tak silap tahun lepas (2014) adalah perjumpaan kali ke-7. Maafkan saya, kalau tersilap.

Waris keluarga Habib Haris yang hadir :
Gambar di atas, dari kanan ke kiri... Mak Mbok, Pak Lijah, Mak Tajul, Mak Kajub, Pak Lin & Mak Imah. Pak Ramjah dari Balung tidak dapat menghadirkan diri pada malam itu.
Al-Fatihah buat arwah Wak Nakri dan arwah Ayahanda Tuan Imam Haji Relay (Pak Norija) yang merupakan sebahagian daripada 9 beradik keturunan Habib Haris. 

Seperti biasa, kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi dilakukan bermula pada hari raya pertama. Yang jauh di dekatkan....

 Yang dekat akan menambah erat silaturrahim.

Namun tidak semua berkesempatan untuk berkunjung-kunjungan, jadi tradisi mempertemukan keluarga besar ini diteruskan....

 Ini dia tuan rumah pada kali ini... Pak Imah.

 Sebahagian daripada ahli keluarga yang hadir. 

 Acara pada malam itu dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Setelah doa dibacakan, acara diteruskan dengan menjamu selera.... makanan dibawa sendiri oleh keluarga yang hadir.

 Sudah kenyang, barulah ucapan disampaikan oleh tuan rumah.

 Ringkas saja ucapan oleh Pak Imah...

Diikuti dengan ucapan oleh Pengerusi Penganjur iaitu Pak Lin (Tuan Haji Mohd. Indah Habib). Dalam ucapannya, Pak Lin menyeru agar semua sanak saudara mempereratkan hubungan silaturrahim dengan sentiasa hormat-menghormati di antara satu sama lain. Biarpun dalam kalangan keluarga masing-masing sudah bercampur aduk dengan perkahwinan pelbagai suku kaum, namun menjaga nama baik keturunan itu adalah sesuatu yang perlu diutamakan. Kata Pak Lin... kalau kita buat perkara yang tidak baik, nama keturunan kita juga yang akan disebut orang! Aduuusss.... ingat itu ya....!

Ahli keluarga mula 'menyusunkan' diri mengambil tempat untuk bersalam dan bermaaf-maafan daripada keluarga Habib Harris yang tertua.

 Mak Julinda, wakil keluarga arwah Wak Nakri.

 Mak Juwa, wakil keluarga Tuan Imam Haji Relay.


Yang di bawah ini kena tunggu giliran...

 Keluarga Pak Lijah..., diikuti keluarga Pak Lin...

 Di bawah ini, keluarga Pak Tajul.
 

 Pak Tajul & Pak Lin.
Dan diikuti keluarga yang lain, keluarga Mak Kajub, Mak Mbok... maaf, gambar tak dapat disiarkan sebab tak sempat nak tangkap.

 Acara tradisi... kalau tak berdendang... tak nampak identiti Cocosnya!

Malam itu, setelah kenyang, mendengar ucapan... Pak Jamil selaku juruacara meneruskan majlis dengan pelbagai aktiviti pertandingan : tarian tradisi, berkaraoke dan akhir sekali penyampaian hadiah kepada pemenang.

Ini dia wajah juruacara  (Pak Jamil) majlis yang sentiasa berusaha menghidupkan suasana.
Sampai di sini dulu....
 

Jumaat, 24 Julai 2015

Resepi Brengkes Ikan dalam Majalah SAJI Edisi Julai 2015

Sebelum terlupa, dikongsikan satu lagi resepi tradisi masyarakat Melayu Cocos iaitu Brengkes Ikan. Dan minta maaf lagi, sebab 'menderhaka' resepi asal yang biasa dimasak oleh Mak Mentua @ Arwah Hajjah Juria (Mak Norija). 


Biasanya arwah gunakan ikan belais @ menyerat, tapi satu hari Mak Juwa (Norija) hidangkan brengkes ikan patin untuk tetamu selepas bacaan doa selamat. Akibat rasa terkejut (sebab arwah mesti gunakan ikan belais), ringanlah mulut bertanya... bolehkah guna ikan lain kak? Boleh jak... jawab Mak Juwa & Si Azwanya serentak!
Bila dihidang, rupanya bukan ikan patin saja, tapi bercampur dengan ikan baung @ krokok!
Wah! Nampaknya bukan ikan laut saja yang boleh dimasak brengkes, ikan sungai pun boleh dibrengkeskan! 
Ampunkan gue.... kalau ini dianggap satu 'penderhakaan'..... hu huhuuuu....




Brengkes Ikan Patin.... tuuu naa... di penjuru bawah sekali, halaman sebelah kiri. Di bawah ini kulit depan Majalah SAJI Edisi Julai 2015.

Untuk lebih lanjut boleh klik DI SINI.
Apa pun, sebelum ini resepi Brengkes Ikan versi asal pernah beberapa kali dipaparkan seperti di bawah ini:
 
 Untuk lanjut sila klik DI SINI.

Resepi Pekedel Dalam Majalah SAJI Edisi Mei 2015

Minta maaf....
Berjuta-juta maaf diminta sebab tanpa sengaja 'mengabaikan' keluarga di sini. Setelah sekian lama ditinggalkan, memang patutlah disapu, dibersihkan segala sawang yang banyak menempel.... ahaks!
Untuk entri kali ini dipaparkan salah satu resepi tradisi masyarakat Melayu Cocos yang tersiar dalam Majalah SAJI Edisi Mei 2015. Resepi yang dimaksudkan tak lain dan tak bukan, resepi yang pernah diceritakan dengan panjang lebar, cuba klik DI SINI!


Cuba lihat di halaman sebelah kiri di penjuru atas... yaaa Kepedel!


Sayangnya Majalah SAJI sangat terhad di pasaran Lahad Datu. Jadi, sekali lagi minta maaf di atas keterlewatan kongsi, dan kita kongsi sajalah dalam paparan alam maya ini.

 Ini kulit depan Majalah SAJI Edisi Mei 2015.
Untuk lebih lanjut boleh klik DI SINI.