Isnin, 28 September 2015

Jejak Kasih : Mencari Wak Ladong @ Cristi Alimin

Akhirnya...
setiap usaha Allah akan berikan balasannya.
Inilah Wak Ladong atau nama sebenarnya Cristi Alimin, yang selalu arwah emak mertua (Puan Hajjah Juria Alimin), ceritakan. Entah bagaimana, terputus hubungan lebih 30 puluh tahun lamanya..... 
Sebaik sahaja Encik Suami mendengar cerita daripada Mak Ana: Wak Ladong tanya tentang Mak Norija (arwah  emak mertua), Encik Suami bersama Wak Ijam, Mak Nan, Pak Ally bersama keluarga masing-masing terus bertekad untuk mencari satu-satunya adik arwah ibunya yang masih ada.
Ahad, 27 September 2015 kami bergerak dari Lahad Datu ke Tawau.

Inilah wajah Wak Ladong. Orangnya kelihatan tenang, dengan suaranya yang masih jelas dan petah. Usianya sudah menjangkau angka 78. Air matanya mengalir ketika kami bersalam-salaman ketika diperkenalkan kepadanya.
Pertanyaannya: Mak Norija tak datang?
Barangkali, beliau tidak tahu Mak Norija, iaitu kakaknya ( emak mertua kita), sudah tiada lagi.

Pukul 1 tengahari, kami tiba di sini, dengan bantuan adik ipar Mak Ana.
Wak Ladong tinggal di Kampung Batu Laut, Tawau.










Wak, 
kami mohon diri.
Moga Wak sentiasa sihat di samping isteri dan anak cucu wak di sana.
In shaa Allah, panjang umur kita bertemu lagi.