Sabtu, 6 Oktober 2018

Pengantin @ Kemantin Cocos

Mohon ampun.
Mohon maaf.
Catatan ini sepatutnya sudah lama diterbitkan, tetapi tuan punya blog terlupa!
Bukan setakat terlupa untuk dua tiga hari, tetapi dari Februari 2016 hinggalah ke hari ini, Oktober 2018!
Nak cerita pun dah tak ingat semua perkara.
Tatap sajalah paparan gambar-gambar di bawah ini.

Suasana paling mencuit hati sudah tentulah ketika pengantin @ kemantin diarak mengikut adart tradisi Melayu Cocos. Sayangnya, entah ke mana folder yang mengandungi gambar segala ayam panggang yang diikat pada batang tebu yang menjadi rebutan setelah pengantin diarak sampai ke muka pintu.

Ooooh! Ada tu ayam panggang dalam bungkusan plastik biru dikepit celah batang tebu.... Cuba alihat di bahagian kanan hujung sekali. Kalau tak silap, anak Pak Ijam yang bawa ayam panggang itu!

Pengantin disambut dengan persembahan pencak silat. Kemudian pasangan pengantin berjalan di atas pelbagai jenis kain yang direntangkan di atas jalan melepasi pagar sehinggalah ke dalam rumah. Tetamu dan orang ramai berebut-rebut menarik kain yang dipijak pengantin, dan siapa berjaya merebut kain tersebut, akan jadi miliknya. Pada ketika itu duit syiling dan gula-gula ditabur di segenap penjuru. Sekali lagi riuh rendah tetamu dan sanak saudara berebut-rebut mengutip duit!

Pengantin lelaki dikehendaki menarikan tarian melengguk.
Rasanya banyak gambar yang hilang, termasuklah upacara 'membasuh'  kaki pengantin lelaki oleh pengantin perempuan dengan menyentuhkan bunga mawar yang terletak di dalam bekas berisi air. Begitu juga ketika ibu pengantin membawa pasangan pengantin ke pelamin dengan mengikat 'sabok' dan memberi minum pengantin.


 Kemudian, aara serakalan dijalankan.

 Encik Suami sempat bergambar kenangan dengan pengantin perempuan, Rini.

Melihat gambar atas dan bawah ini sebenarnya merupakan sebahagian dari suka-suka semasa sambutan pengantin. Yang nakal akan mencalitkan 'bore' pada wajah-wajah keluarga pengantin!

 Hadoooii.... comot sudah muka si Huda!

 Selamat Pengantin Baru buat Rini dan Amin (Zul).

Rini, sebelah ibu keturunan Melayu Cocos, manakala arwah ayahnya berketurunan Cina. Jadi, Rini mempunyai darah kacukan Cina dan Cocos.

 Amin (Zul) pengantin lelaki pula memang Cocos tulen, ayah dan ibunya berketurunan Cocos.



Moga kalian hidup aman bahagia hingga ke akhir hayat.

Pada sebelah malamnya pula, diadakan acara persembahan tarian tradisi Cocos (melingguk, dansa dan seylong) di dewan ketika pengantin sedang bersanding.














 Anak-anak buah perempuan.



 Gambar-gambar pengantin dengan ahli keluarga.


Muka kita memang tak ada, sebab asyik tangkap gambar saja...hihihiii.

Dua tahun telah berlalu.
Rini (Reen) dan Amin (Zul) kini sudah memiliki seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel : Raisya.